Microsoft Office boleh dikatakan siri perisian dan aplikasi produktiviti yang paling popular di dunia, dan digunakan oleh berjuta-juta orang untuk tugasan-tugasan di pejabat, dan juga oleh para pelajar untuk menulis laporan dan sebagainya.
Terkini, Microsoft telah mengemaskini aplikasi Microsoft Office untuk iOS dan iPadOS untuk peranti-peranti Apple. Perbezaan yang paling ketara dapat dilihat pada antaramuka aplikasi-aplikasi seperti Word, Excel dan Powerpoint dimana ia semuanya mempunyai rekaan yang selari dengan satu sama lain.
Diantara ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada aplikasi ini ialah alt-text pane, dimana pengguna boleh menulis komen pada teks dan menanda elemen-elemen seperti gambar didalam dokumen sebagai hiasan sahaja.
Dalam pada itu, aplikasi Excel pula menerima kemaskini XLOOKUP yang membolehkan pengguna untuk mencari data didalam sel-sel dokumen Excel. Jika anda menggunakan aplikasi Office untuk iOS ataupun iPadOS, anda boleh memuat-turun kemaskini ini hari ini.