Cari @ Amanz

Sistem operasi Android sudah pun menyokong fungsi auto-isi kod pengesahan dwi-faktor. Ia akan menggunakan SMS Retriever API untuk menyalin kod yang dikesan dalam SMS dan mengisi di ruangan yang sepatutnya secara automatik. Google turut berjanji yang fungsi ini tidak akan terhad kepada aplikasi SMS sahaja, dan kelak boleh berfungsi pada mana-mana aplikasi.

Terkini, Android Police telah melaporkan fungsi auto-isi kod pengesahan dwi-faktor dari aplikasi pihak ketiga sudah mula berfungsi. Aplikasi yang terlibat adalah Facebook Messenger. Mereka turut menyatakan yang kod ini hanya berfungsi antara aplikasi dan tidak berfungsi dalam pelayar web Chrome. Bukan itu sahaja, fungsi ini juga dikatakan tidak begitu pintar dan hanya menyalin kod lama sahaja. Lain-lain, ia adalah mirip dengan fungsu auto-isi aplikasi SMS sebelum ini.

Tiada cara untuk aktifkannya secara manual, sumber Android Police mengatakan ia terpapar secara tiba-tiba sahaja. Fungsi ini dilihat hadir melalui Play Services versi 20.04.12 dan Google Messages versi 5.5.096. Tiada pengesahan, bila ia akan diedarkan secara meluas. Ia dijangka akan tiba tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd