Google Drive adalah storan awan dari Google. Setiap pengguna diberi 15GB percuma, atau boleh naik taraf ke storan lebih besar dengan bayaran bulanan atau tahunan. Antara perkara lain yang boleh disimpan dalam Google Drive adalah sandaran mesej WhatsApp, sandaran peranti Android, fail-fail, dokumen dan banyak lagi.
Bagi sandaran peranti Android, ia berlaku secara automatik jika pengguna aktifkannya di dalam tetapan peranti dan ia akan mengira kuota storan. Bagi sandaran WhatsApp pula, ia turut akan disimpan ke dalam Google Drive – tetapi kuota storan tidak akan dikira. Terkini, segala sandaran WhatsApp dan sandaran peranti Android dalam Google Drive – Google telah pindahkannya ke bahagian lain. Ia terkesan dalam laman web Google Drive sahaja.
Sebelum ini, semua fail sandaran diletakkan di bahagian menu di sisi. Kini ia boleh diakses di bahagian Storage. Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu
- Klik perkataan Storage di bahagian sisi.
- Dari situ klik perkataan Backups berwarna biru di bahagian atas.
- Kini segala fail sandaran anda akan terpapar.
Ia hanyalah satu perubahan yang ringkas dan tidak begitu melampau. Perubahan ini juga hanya terkesan di bahagian laman web dan tidak pada peranti mudah alih. Jika anda rasakan langkah di atas sukar, tekan sahaja pautan di bawah.