OnePlus Mungkin Akan Kembali Dengan Powerbank Tersendiri

OnePlus Mungkin Akan Kembali Dengan Powerbank Tersendiri

Diterbitkan pada Feb 11, 2020 oleh .

Enam tahun lepas, semasa zaman keagugan OnePlus One – OnePlus kerap lancarkan pelbagai jenis aksesori. Antara yang popular adalah kerangka plastik premium, pengurus kabel set fon telinga, powerbank dan banyak lagi. Namun, tahun demi tahun OnePlus makin angkuh dan anggap diri mereka sebagai jenama premium – semua aksesori adalah mahal dan tidak mempunyai banyak pilihan seperti dahulu.

Terkini, pengasas bersama OnePlus – Carl Pei mengicau mengarahkan peminat ulang-kicau jika mereka ingin OnePlus hadir kembali dengan powerbank. Powerbank OnePlus yang dilancarkan enam tahun lepas, hadir dalam dua variasi – iaitu kemasan Silky White selembut sutera atau kulit bayi dan juga Sandstone yang mempunyai kemasan seakan kertas pasir. Sayang sekali, ketika itu powerbank OnePlus hanyalah sebuah bank kuasa biasa sahaja dan tidak mempunyai sebarang sokongan pengecasan pantas.

Dengan populariti OnePlus yang semakin meningkat dan pengenalan terhadap sistem pengecasan pantas Warp Charge, tidak mustahil jika powerbank OnePlus kelak akan menyokong sistem pengecasan sendiri. Di China sahaja, sudah ada banyak jenama hadir dengan sokongan ini. Namun, ia bukannya benar-benar diiktiraf OnePlus dan kesihatan bateri peranti, jaminan peranti tidak dijamin. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN