Samsung Galaxy A51 & Galaxy A71 – Skrin Infinity-O Bersama Super AMOLED Memberikan Pengalaman Tontonan Yang Selesa

Samsung Galaxy A51 & Galaxy A71 – Skrin Infinity-O Bersama Super AMOLED Memberikan Pengalaman Tontonan Yang Selesa

Diterbitkan pada Feb 25, 2020 oleh .

Rekaan sesebuah peranti merupakan antara faktor yang sering diambil kira sekiranya seseorang itu ingin membeli sebuah telefon pintar. Sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar pada harga yang mampu milik dengan reka bentuk yang menarik, Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 adalah pilihan yang baik. Hal ini adalah kerana kedua-dua telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan Glasstic, iaitu gabungan antara kaca dan plastik untuk menjadikannya satu bahan yang baru sekaligus memberi kesan seperti mempunyai bahan binaan premium pada kerangka peranti.

Galaxy A51 ini menggunakan skrin daripada panel Super AMOLED dengan rekaan skrin Infinity-O bersaiz 6.5 inci, manakala Galaxy A71 dilengkapi dengan panel Super AMOLED Plus bersaiz 6.7 inci. Antara kelainan yang ditampilkan pada paparan Infinity-O ini adalah ia menawarkan rekaan nirbingkai yang membolehkan anda untuk mendapatkan paparan yang lebih luas. Ini sekaligus membuatkan anda lebih selesa melihat paparan skrin dalam tempoh masa yang lama.

Skrin Infinity-O Display ini akan meminimumkan bezel pada skrin telefon pintar ini dengan menggunakan potongan laser yang mana potongan tersebut telah diletakkan kamera hadapan yang kelihatan seperti disembunyikan. Rekaan ini juga membolehkan anda untuk mendapatkan gambar latar belakang (wallpaper dan screensaver) telefon pintar yang unik dan comel seperti yang pernah tular di sosial media disaat pertama kali jenis skrin ini diperkenalkan.

Memandangkan kedua-dua telefon pintar ini dilengkapi dengan skrin Super AMOLED, saya akan huraikan bagaimana skrin jenis ini dapat membantu anda untuk mendapatkan pengalaman tontonan yang lebih mendalam. Hal ini adalah kerana skrin ini dapat memaparkan paparan yang cantik dan menawarkan pelbagai warna dengan tahap pewarnaan yang sama seperti warna kehidupan sebenar.

Bukan itu sahaja, skrin Super AMOLED ini menawarkan nisbah kontras 100,000:1 yang membolehkannya untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis persekitaran, samaada terlalu cerah atau gelap. Ini membuatkan penglihatan anda lebih selesa untuk memandang skrin dalam tempoh masa yang lama. Menurut Samsung juga, kadar penggunaan kuasa juga adalah 20% lebih kurang daripada penggunaan skrin yang biasa dengan adanya skrin Super AMOLED ini. Ini membolehkan anda untuk menikmati tayangan video dalam tempoh masa yang lebih lama dengan paparan yang cantik.

Skrin Super AMOLED ini juga mengintegrasikan sensor sentuhan dan skrin sebenar dalam satu lapisan yang sama,  menjadikan sentuhan pada skrin menjadi lebih sensitif dan menunjukkan tindak balas yang lancar. Jadi, bagi anda yang sering bermain permua, Galaxy A51 dan Galaxy A71 ini sesuai untuk anda kerana telefon pintar ini dapat meningkatkan lagi prestasi permainan anda. Dengan lapisan skrin yang nipis ini, pembacaan di persekitaran yang sangat cerah juga tidak menjadi masalah kerana kurangnya refleksi cahaya daripada skrin.

Banyak lagi fungsi menarik untuk model Galaxy A51 dan Galaxy A71 ini dan skrin Super AMOLED dengan rekaan Infinity-O adalah antara ciri yang perlu diketengahkan. Ini adalah disebabkan paparan pada telefon pintar merupakan satu faktor yang penting untuk kegunaan harian. Paparan yang baik memberi keselesaan kepada mata untuk menggunakannya dalam tempoh masa yang lama. Jadi bagi anda yang berminat, Samsung Galaxy A51 boleh didapati pada harga RM1299, manakala Galaxy A71 pula pada harga RM1799. Kedua-dua telefon pintar ini boleh didapati melalui laman rasmi Samsung atau pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Layari: Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN