Cari @ Amanz

Sistem operasi Microsoft Windows 7 sepatutnya telah terkubur pada bulan lepas apabila Microsoft mengumumkan bahawa ia tidak lagi akan menerima kemaskini baru.

Walaupun begitu, Microsoft terpaksa menarik balik kata-kata tersebut apabila terdapat satu kerentanan sebelum ini dimana latar belakang komputer Windows 7 yang ditetapkan pada “Stretched” akan menunjukkan latar warna hitam dan bukan gambar yang dipasang oleh pengguna.

Isu tersebut telah diperbaiki melalui kemaskini terakhir yang dikeluarkan oleh Microsoft, tetapi kini nampaknya terdapat satu lagi isu yang lebih serius. Beberapa pengguna sistem operasi Windows 7 telah melaporkan bahawa mereka tidak boleh menutup komputer mereka, dan telah menerima notis “You are not authorised to shut down this computer”.

Buat masa ini, pengguna boleh mencari sendiri cara untuk memintas isu ini, dan terdapat beberapa bebenang di Reddit yang menunjukkan cara-cara untuk memperbaiki isu ini dengan sendiri.

Oleh kerana sistem operasi Windows 7 ini sudahpun melepasi tarikh luputnya, ia tidak diketahui jika Microsoft akan hadir dengan kemaskini untuk memperbaiki isu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd