Cari @ Amanz

Minggu lepas, iklan peranti baharu Samsung Galaxy M31 telah tersebar di Internet di India. Ia adalah pengganti kepada Galaxy M30 dan M30s yang dilancarkan pada tahun lepas. Kamera yang bakal digunakan adalah 64MP dan bateri pula adalah 6000mAh. Samsung mungkin juga akan kekal menggunakan cip Exynos 9611, iaitu cip yang sama pada Galaxy A51 – cuma Galaxy M31 akan dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Terkini, laman web Samsung di India telah memperlihatkan sedikit lebih jelas mengenai peranti ini. Benar, peranti ini akan mempunyai kamera 64MP dari sistem kuad-kamera, bateri besar 6000mAh, dan skrin FHD+ sAMOLED. Untuk sekuriti pula, Samsung masih menggunakan pengimbas cap jar lapuk – iaitu di belakang peranti. Rekaan peranti pula adalah skrin bertakuk kecil, dan pada skrin Samsung mendakwa ia sesuai untuk digunakan untuk maratonton video.

Samsung Galaxy M31 ini akan dilancarkan di India pada 25 Februari. Tiada harga dan masih tiada spesifikasi penuh bagi peranti ini. Apa yang pasti, siri Galaxy M hanya akan memfokuskan pasaran India dan ada kemungkinan besar tidak akan dijual di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd