Giliran Vivo Menarik Diri Dari Penyertaan Di Mobile World Congress – Pengumuman Vivo APEX 2020 Ditunda

Giliran Vivo Menarik Diri Dari Penyertaan Di Mobile World Congress – Pengumuman Vivo APEX 2020 Ditunda

Diterbitkan pada Feb 11, 2020 oleh .

Selepas Amazon, Sony, Ericsson dan NVIDIA, kini tiba pula giliran Vivo untuk menarik diri daripada penyertaan di acara Mobile World Congress yang akan berlangsung pada penghujung bulan Februari ini di Barcelona.

Sama seperti syarikat-syarikat yang lain, Vivo berkata bahawa mereka mengambil berat akan kesihatan para pekerja mereka dan juga orang ramai yang akan menghadiri acara tersebut, dan oleh itu, akan menarik diri daripada acara telekomunikasi gergasi tersebut.

Oleh yang demikian, nampaknya pengumuman mengenai peranti konsep terbaru mereka, Vivo APEX 2020 juga akan dibatalkan, dan menurut Vivo, mereka akan membuat pengumuman baru mengenai peranti tersebut tidak lama lagi.

Menariknya, Vivo merupakan syarikat daripada China pertama yang mengundurkan diri daripada acara MWC. ZTE mengatakan bahawa mereka tidak akan membuat sebarang acara pelancaran, tetapi mereka masih mempunyai jerayawara di acara tersebut.



TIPS & ULASAN