iQOO adalah sub-jenama dari Vivo yang menghasilkan peranti pintar memfokuskan permua. Ia sudah hadir dengan pelbagai versi, dari versi Pro, Neo dan tahun ini generasi ketiga pula akan hadir – iQOO 3. Peranti ini sudah disahkan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, skrin 6.44-inci OLED, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera pula adalah 64MP, 13MP sudut ultra lebar, 2MP sensor kedalaman dan 16MP kamera sswafoto. Selain itu, bateri dikatakan adalah 4,370mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W.
Terkini dari laman Weibo rasmi iQOO, mereka telah mengesahkan yang peranti mereka akan menggunakan storan dalaman berasaskan UFS 3.1. Ia adalah format storan baharu untuk peranti pintar yang lebih pantas dan efisyen dari UFS 3.0. Walaupun prestasi pemindahan data adalah sama sahaja dengan UFS 3.0, ia akan mempunyai prestasi yang lebih baik dan penggunaan kuasa yang lebih jimat. Setakat ini tiada peranti lain yang mengesahkan jenis storan yang digunakan, jadi iQOO 3 ini mungkin adalah pertama di dunia yang menggunakan storan dalaman berasaskan UFS 3.1.