Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah pun melancarkan siri telefon pintar mercu mereka untuk 2020, iaitu siri Samsung Galaxy S20. Ia hadir dalam penawaran tiga model, iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra. Kesemuanya hadir dengan penawaran pelbagai ciri-ciri baru bersama dengannya.

Samsung Galaxy S20

Samsung Galaxy S20 hadir dengan skrin 6.2-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2x, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 128GB, dan bateri 4000mAh. Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 64MP, sementara kamera swafoto 10MP.

Samsung Galaxy S20+ pula menawarkan skrin dan bateri sedikit besar, tetapi dengan penawaran lebih kurang sama. Ia menggunakan skrin 6.7-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB, bateri 4500mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan empat kamera belakang, iaitu 12MP + 12MP + 64MP + depth, serta kamera swafoto 10-megapixel.

Samsung Galaxy S20

Paling besar dan berkuasa berbanding kedua-dua peranti ini adalah Galaxy S20 Ultra. Ia menyertakan skrin 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB, dan bateri 5000mAh. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat kamera belakang gabungan 12MP + 108MP + 48MP + Depth,.Ia turut menggunakan kamera swafoto 40-megapixel.

Ketiga-tiga model ini hadir dengan sokongan kadar segar semula mencapai 120Hz, eSIM, pengecasan nirwayar, dan dijana sistem operasi Android 10.

Samsung Galaxy S20

Samsung juga turut memfokuskan ciri zum pada telefon pintar ini. Kedua-dua model asas menawarkan sokongan zum sehingga 30X, sementara model Galaxy S20 Ultra pula menawarkan zum sehingga 100X. Samsung Galaxy S20 turut menyokong rakaman video 8K bersama dengannya.

Ketiga-tiga model ini akan ditawarkan di Malaysia, bermula 6 Mac 2020 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd