Samsung Galaxy Z Flip Dilancarkan – Peranti Skrin Boleh-Lipat Bersaiz Padat

Samsung Galaxy Z Flip Dilancarkan – Peranti Skrin Boleh-Lipat Bersaiz Padat

Diterbitkan pada Feb 12, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Z Flip telah dilancarkan sebentar tadi yang merupakan peranti skrin boleh-lipat kedua dari mereka. Tidak seperti Fold, Z Flip mempunyai rekaan kulit cengkerang yang popular di awal dekad 2000 yang lalu. Hasilnya ialah Z Flip mempunyai saiz yang padat apabial dilipat. Skrin boleh-lipat sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED FHD+ yang digunakan juga adalah yang pertama menggunakan skrin ultra nipis UTG yang lebih tahan lasak berbanding skrin plastik Fold.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Z Flip dijana cip lapan teras Snapragon 855+, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh. Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 12+12 MP dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar f/1.8 dan lensa ultra sudut lebar f/2.2.

Pada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.1″ yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto. Pada Galaxy Z Flip mekanisme lipatan ditambah baik dengan berus pada bahagian dalaman yang menghalang debu dari merosakkan komponen dalaman.

Ia juga boleh dibuka pada sudut yang diinginkan pengguna yang beri nama Flex Mode. Dengan ini  peranti boleh diletakkan di atas meja dalam kedudukan huruf L bagi memudahkan proses mengambil swafoto. Samsung Galaxy Z Flip akan mula ditawarkan di pasaran tertentu bermula 14 Februari ini pada harga $1380 (~RM5702) sebuah dalam warna Mirror Black. Mirror Gold dan Mirror Purple.



TIPS & ULASAN