Samsung Galaxy S20 Ultra Berharga RM4999 Di Malaysia, Galaxy S20+ Berharga RM3999

Samsung Galaxy S20 Ultra Berharga RM4999 Di Malaysia, Galaxy S20+ Berharga RM3999

Diterbitkan pada Feb 12, 2020 oleh .

Samsung hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik terutamanya memfokuskan kepada rakaman gambar dan video. Selari dengannya juga, kini harga jualan tempatan untuk dua model utama turut telah dikongsikan.

Samsung Galaxy S20

Melalui laman Maxis, kini mereka memperlihatkan yang mana Samsung Galaxy S20 Ultra akan ditawarkan pada harga RM4999, sementara Galaxy S20+ pula akan ditawarkan pada harga RM3999 di Malaysia. Maxis turut mengatakan kedua-dua model ini boleh dipra-tempah bermula 12 Februari ini, iaitu hari ini. Variasi Galaxy S20 yang asas pula ditawarkan pada harga RM3599.

Samsung Galaxy S20+ hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X, bateri sebesar 4500mAh, sokongan kuad-kamera untuk rakaman gabungan 12MP + 12MP + 64MP + depth, selain kamera swafoto 10-megapixel.

Samsung Galaxy S20 Ultra pula hadir dengan skrin 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X, bateri sehingga 5000mAh, kamera belakang gabungan 12MP + 108MP + 48MP + depth, selain kamera swafoto 10-megapixel. Ia turut menyertakan sokongan zum sehingga 100x bersama dengannya.

Jadi, pada harganya, apa kata anda? Adakah ia berbaloi?


TIPS & ULASAN