Siri Samsung Galaxy S20 Turut Mengintegrasikan Google Duo Pada Bahagian “Dialer”

Siri Samsung Galaxy S20 Turut Mengintegrasikan Google Duo Pada Bahagian “Dialer”

Diterbitkan pada Feb 12, 2020 oleh .

Samsung hari ini telah melancarkan Samsung Galaxy S20 secara rasminya, sekaligus menyertakan sejumlah perkara baru bersama dengannya.

Selain penawaran pelbagai spesifikasi terkini, pihak Samsung turut menyertakan integrasi Google Duo terus pada bahagian dialer pada telefon pintar berkenaan.

Google Duo adalah perkhidmatan panggilan video dan suara daripada Google, dan integrasi ini akan memudahkan lagi pengguna membuat panggilan kepada rakan-rakan mereka tanpa perlu ke aplikasi khusus. Memandangkan ia menyokong panggilan video sehingga 8 orang, maka ciri ini mungkin akan digunakan lebih ramai pengguna pada masa akan datang.

Bagi anda sendiri, adakah anda lebih menyukai ciri seperti ini diintegrasikan terus, atau ditawarkan melalui aplikasi berasingan?



TIPS & ULASAN