Cari @ Amanz

Sejak minggu lalu satu demi satu syarikat ternama mula menarik diri dari menghadiri acara MWC Barcelona kerana risiko wabak koronavirus yang sehingga kini telah membunuh lebih 1000 individu. Menurut laporan Reuters pagi ini, GSMA yang merupakan penganjur MWC akan melakukan mesyuarat pada Jumaat bagi mempertimbangkan pembatalan acara tahun ini.

Setakat ini LG, Sony, Amazon, Ericsson, NVIDIA dan Vivo adalah antara syarikat yang telah membatalkan terus penyertaan mereka kerana kebimbangan wabak koronavirus. Setakat ini Huawei telah mengesahkan mereka tidak akan menarik diri dengan Samsung pula dilaporkan sedang mempertimbangkan penyertaan mereka.

Sekiranya MWC Barcelona dibatalkan ia pasti mengecewakan kerana ia merupakan acara terbesar industri telefon pintar. Ia kerap kali menjadi pentas pelancaran pelbagai  peranti mercu Android terkini pelbagai pengeluar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd