Samsung Galaxy Z Flip Dikatakan Boleh Dilipat Sehingga 200,000 Kali
February 12, 2020
Samsung
Aman
Dengan kehadiran telefon dengan skrin boleh-lipat, salah satu perkara yang sering dipersoalkan adalah ketahanan peranti berkenaan untuk penggunaan tempoh masa yang panjang.

Sekiranya sebelum ini Samsung mengatakan Galaxy Fold boleh dikatup dan buka sehingga 120,000 kali, kini melalui Galaxy Z Flip, Samsung menambah-baik lagi ketahanannya. Daripada perkongsian pihak Samsung, Galaxy Z Flip dikatakan boleh dikatup dan dibuka sehingga 200,000 kali.
Buat masa ini, Samsung Malaysia masih belum mengmumkan bilakah telefon dengan skrin boleh-lipat ini akan ditawarkan di Malaysia. Dengan ketahanan yang lebih baik ini, adakah anda akan mendapatkannya apabila ia dipasarkan kelak?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.