Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah pun diperkatakan bakal hadir dengan perkongsian seumpama Air Drop untuk peranti mereka. Selari dengannya, melalui laman rasmi Samsung, kini mereka memperlihatkan pengguna boleh berkongsi serta-merta bersama rakan mereka melalui apa yang dipanggil Quick Share.

Ciri ini akan membolehkan pengguna berkongsi kepada lima rakan pada masa yang sama tanpa perlu untuk menghubungkan peranti (pairing) terlebih dahulu.

Quick Share ini hanya ditawarkan untuk Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra sahaja. Samsung mengatakan sokongan untuk peranti lain akan diperkenalkan pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd