Cari @ Amanz

Wabak koronavirus yang kini sedang menular dengan bahaya dari negara China mempunyai nama rasmi yang diberikan oleh pihak World Health Organization, iaitu COVID-19.

Menurut Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO, yang berkicau melalui akaun Twitter WHO, nama COVID-19 (singkatan untuk Corona Virus Disease 2019) ini diberikan mengikut garis panduan yang mengatakan nama wabak tidak boleh berkaitan dengan haiwan ataupun mana-mana kawasan geografi untuk mengurangkan panik, tetapi juga harus mudah untuk disebut oleh orang ramai.

Pemberian nama rasmi ini juga dikatakan adalah untuk memastikan orang ramai tidak menggunakan nama yang akan menaikkan stigma terhadap sesuatu masyarakat dan memudahkan penularan fakta berkenaan wabak-wabak seperti ini.

Menurut kicauan pihak WHO lagi, pada 6 pagi waktu Geneva, terdapat 42,708 kes COVID-19 di China, dan seramai 1017 orang telah terkorban. Dalam pada itu, di luar China terdapat 393 kes COVID-19 disahkan, dan hanya satu kematian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd