Pratempahan untuk Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra di Malaysia akan dibuka petang ini sehingga 26 Februari dengan jualan terbuka pada 6 Mac. Namun apa yang menjadi misteri ialah spesifikasi yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Pada pagi ini pihak Samsung Malaysia telah menjelaskannya di dalam sesi bersama media.
Untuk Samsung Galaxy S20 dan S20+, kedua-duanya akan ditawarkan dengan pemproses Exynos 990, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan sokongan rangkaian 4G. Samsung Galaxy S20 Ultra pula ditawarkan dengan pemproses Exynos 990, memori sebesar 12GB RAM, storan 128GB dan sokongan rangkaian 5G. Tiada maklumat sama ada model dengan spesifikasi lebih tinggi akan dijual dalam masa terdekat.
Di Malaysia S20 dijual pada harga RM3599, S20+ pada harga RM3999 dan S20 Ultra pula pada harga RM4999. Pelanggan yang melakukan pra-tempahan untuk S20+ dan S20 Ultra akan menerima Galaxy Buds+ secara percuma.