Cari @ Amanz

Kerajaan negeri Sabah kini telah hadir dengan penawaran dompet digital mereka tersendiri, dinamakan sebagai Sabah Pay.

Pengenalan Sabah Pay ini adalah selari dengan populariti transaksi nirtunai yang semakin popular akhir-akhir ini. Melaluinya, pengguna boleh melakukan sejumlah transaksi dengan mudah, termasuk pembayaran kepada agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Pengguna juga turut boleh membuat pembayaran bil menggunakan aplikasi yang sama.

Sabah Pay ini juga diperkatakan bakal diperluaskan untuk digunakan dikalangan sektor pelancongan di negeri berkenaan pada masa akan datang.

Bagi anda yang berada di Sabah, atau akan ke Sabah dalam masa terdekat, boleh memuat-turun dan mencuba dompet digital Sabah Pay ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd