Nokia Menarik Diri Dari MWC 2020 Kerana Kebimbangan Wabak Koronavirus

Nokia Menarik Diri Dari MWC 2020 Kerana Kebimbangan Wabak Koronavirus

Diterbitkan pada Feb 12, 2020 oleh .

Beberapa syarikat telah mengumumkan yang mana mereka akan membatalkan penyertaan ke acara MWC 2020 pada penghujung bulan ini. Turut menyertai pengumuman berkenaan, kini pihak Nokia mengatakan mereka turut tidak akan hadir ke acara MWC 2020 berkenaan.

Nokia mengatakan mereka telah membuat penilaian menyeluruh berkaitan perkara ini, dan disebabkan kebimbangan ancaman koronavirus, mereka mengambil langkah untuk tidak menyertai MWC 2020 pada tahun ini.

Sebagai alternatif, Nokia turut mengatakan mereka akan mengadakan sebuah acara siri “Nokia Live” dalam memperlihatkan sejumlah demonstrasi dan teknologi baru yang disasarkan untuk diperkenalkan pada MWC ini.



TIPS & ULASAN