Flex Mode Galaxy Z Flip Turut Akan Diberikan Kepada Peranti Pengeluar Lain

Flex Mode Galaxy Z Flip Turut Akan Diberikan Kepada Peranti Pengeluar Lain

Diterbitkan pada Feb 12, 2020 oleh .

Menerusi Flex Mode, pengguna Samsung Galaxy Z Flip boleh “memotong” skrin peranti boleh-lipat menjadi dua dengan skrin bawah digunakan untuk kawalan aplikasi misalnya. Di Unpacked, demo YouTube menggunakan Flex Mode telah diperlihatkan. Menurut laporan The Verge, Google mengesahkan ciri ini akan diberikan kepada pengeluar peranti skrin boleh-lipat Android yang lain.

Flex Mode dibangunkan oleh Samsung dengan kerjasama Google. Oleh itu tidak mengejutkan ciri ini akan diseragamkan pada kesemua peranti Android bagi memudahkan penyeragaman aplikasi oleh pembangun. Sebelum ini fungsi Multi Window yang diperkenalkan oleh Samsung turut telah menjadi fungsi standard Android. Sebagai pengguna ini adalah berita baik kerana mereka boleh membeli peranti pengeluar lain untuk menggunakan fungsi yang serupa.


TIPS & ULASAN