Cari @ Amanz

Selari dengan pelancaran empat peranti baharu di acara Unpacked pagi semalam, Samsung melancarkan tiga aksesori pengecas terbaru yang dengan teknologi pengecasan pantas. Powerbank pertama dengan kapasiti 10,000 mAh bukan sahaja boleh mengecas dengan output 25W malah boleh mempunyai pad pengecas nirwayar Qi dengan output 7.5W. Pengecas ini dilengkapi dua prot USB-C.

Sebuah lagi powerbank berkapasiti 10,000 ditawarkan tetapi tanpa sokongan pengecasan nirwayar. Sebaliknya ia hanya menyokong pengecasan pantas 25W menerusi port USB-C dan USB-A. Akhir sekali ialah pengecas dalam kereta 45W dengan port USB-C dan USB-A. Aksesori ini sesuai digunakan untuk mengecas Note 10+ dan S20 Ultra yang menyokong format pengecasan terpantas untuk Samsung ini. Tiada tarikh jualan diumumkan pada waktu ini sementara harga jualan powerbank dengan pengecas nirwayar ialah $80 (~RM331) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd