Rakaman 8K Pada Samsung Galaxy S20 Mengambil Ruangan Sebanyak 600MB Untuk Seminit

Rakaman 8K Pada Samsung Galaxy S20 Mengambil Ruangan Sebanyak 600MB Untuk Seminit

Diterbitkan pada Feb 13, 2020 oleh .

Samsung telah pun melancarkan Galaxy S20 secara rasminya semalam, dan salah satu ciri baru yang turut disertakan adalah sokongan rakaman video 8K. Dengan keupayaan rakaman video pada resolusi tinggi, semestinya ramai tertanya akan ruangan storan yang digunakan oleh peranti berkenaan.

Berkongsi mengenainya, pihak Samsung dipetik mengatakan ia akan mengambil sekitar 3GB untuk rakaman video 8K selama lima minit. Malah, masa rakaman maksimum untuk video resolusi 8K juga adalah hanya 5 minit, dan dihadkan pada kadar 24fps sahaja.

Beberapa had lain juga turut terdapat pada rakaman video 8K, termasuk ketiadaan sokongan penstabilan video ketika merakamkan video 8K menggunakan Galaxy S20.


TIPS & ULASAN