Cari @ Amanz

Galaxy S20 Adalah Peranti Bukan Pixel Pertama Yang Menyokong Fungsi Live Caption

Link Copied!

Live Caption adalah satu fungsi yang boleh menytranskrib audio menjadi sarikata, yang Google kenalkan tahun lepas. Fungsi ini pada awalnya adalah eksklusif untuk peranti Pixel yang menjalankan Android 10 – iaitu Pixel 4. Hanya selepas beberapa bulan, baru ia hadir ke peranti Pixel yang lain. Kebiasaannya, fungsi yang terhad kepada Pixel adalah eksklusif dan hanya pengguna Pixel sahaja akan dapat menggunakannya.

Tahniah kepada Samsung, dengan kerjasama dengan Google – Galaxy S20 adalah  barisan peranti Android bukan Pixel pertama yang akan dapat menggunakan fungsi ini. Fungsi ini dibangunkan untuk mereka yang kurang daya pendengaran. Namun, bagi yang gemar menonton video bahasa Inggeris – tetapi video tersebut tidak menyertakan sarikata Live Caption akan transkrib semua audio menjadi teks. Amat bertuah pengguna-pengguna Samsung kelak.


Komen ()