Aplikasi GMail Untuk iOS Kini Boleh Memilih Lampiran Terus Dari Aplikasi Files

Aplikasi GMail Untuk iOS Kini Boleh Memilih Lampiran Terus Dari Aplikasi Files

Diterbitkan pada Feb 13, 2020 oleh .

GMail adalah antara aplikasi klien emel yang baik. Ia adalah aplikasi dari Google dan bukan sekadar aplikasi emel sahaja. Google padatkan dengan pelbagai fungsi dan ciri yang menarik agar ia memuaskan hati pengguna. Pada peranti Android, aplikasi GMail tidak ada masalah memilih lampiran dari aplikasi pengurus fail. Duka cita dimaklumkan, untuk aplikasi iOS agak sukar untuk memilih lampiran.

Terkini, Google telah kemaskini aplikasi GMail untuk iOS. Pengguna kini boleh memilih lampiran terus dari aplikasi Files. Files adalah aplikasi pengurus fail tersendiri dari Apple, yang agak sukar dan tidak sempurna. Tetapi, syukur – kini pengguna lebih mudah menggunakan aplikasi ini di platform iOS.



TIPS & ULASAN