Carian
Oppo Menjadualkan Kembali Pengenalan Oppo Find X2
February 14, 2020 Aman

Dengan pelbagai penangguhan dan pembatalan acara pelancaran peranti yang dijadualkan pada MWC 2020 kelak, kini Oppo turut mengikut jejak, dan telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pengenalan Oppo Find X2.

Pihak Oppo buat masa ini mengatakan mereka menangguhkan pengenalan peranti mereka ke bulan Mac. Namun, tiada sebarang tarikh dan lokasi yang diumumkan pengeluar dari China berkenaan.

Oppo sebelum ini telah menjadualkan pelancaran Oppo Find X2 yang mana dijangka menyertakan cip pemprosesan berkuasa, kadar segar semula skrin tinggi, dan sokongan 5G bersama-sama dengannya.

Komen