Tular di media sosial sekitar seminggu lalu video penduduk China menggunakan pencungkil gigi untuk menekan butang lif bagi mengelakkan diri penyebaran virus Covid-19. Virus berbahaya ini didapati mampu hidup sehingga seminggu pada permukaan yang disentuh pesakit. Huawei minggu ini telah mengumumkan teknologi lif yang boleh dikawal dengan telefon pintar.
Lif pintar ini boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar, bluetooth dan WeChat. Ia mengesan tingkat yang ingin diakses oleh pengguna serta boleh diseru apabila diperlukan. Menarik sekali sistem ini telahpun terbina di bangunan pejabat, sekolah dan hospital di China. Sistem ini dibangunkan dengan kerjasama Wanglong Intelligent. Kerana wabak Covid-19 masih lagi belum menujukan akan berhenti dari tersebar, sistem lif pintar nyahsentuh ini akan diberikan percuma kepada pengguna China sehingga bulan Jun 2020.