Xiaomi sedia mempunyai sejumlah penawaran aksesori menarik untuk telefon pintar. Terbaru, bersama-sama pengenalan Mi 10, pihak Xiaomi turut telah memperkenalkan sebuah aksesori untuk telefon pintar, iaitu kipas penyejuk.
Kipas penyejuk ini dikatakan mampu mengurangkan kepanasan peranti ketika bermain permua. Xiaomi mengatakan ia mampu mengurangkan suhu sehingga 10 darjah ketika panas – sekaligus memastikan peranti berjalan lancar untuk tempoh lebih lama tanpa kehilangan prestasi.
Melengkapkan kipas penyejuk ini adalah lima bilah kipas pada kelajuan 6000rpm, dan beroperasi pada kadar bunyi yang minima – sekitar 30dB.
Kipas penyejuk ini dihubungkan dalam bentuk klip khusus yang boleh dipasang pada sejumlah variasi peranti mudah-alih pada hari ini.
Di China, kipas penyejuk ini dipasarkan pada harga CNY129, iaitu sekitar RM77.