Cari @ Amanz

Xiaomi baru sahaja melancarkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro semalam. Untuk Mi 10 Pro, ia menyokong pengecasan pantas sehingga 50W – tetapi di dalam kotak pengecas 65W akan disediakan. Pengecas 65W ini pula menggunakan teknologi GaN, yang mana boleh mengawal arus elektrik yang lebih baik dan juga mengawal aliran haba.

Wakil eksekutif Lenovo telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pengecas Xiaomi ini. Ini kerana, semasa pelancaran Mi 10 – Xiaomi membandingkan dengan pengecas pantas 65W dari Lenovo. Menurut beliau, pengecas pantas 65W Xiaomi ini menggunakan 2-pin. Ia bukannya tidak bagus. Tetapi lebih baik jika ia mempunyai 3-pin ia lebih bagus untuk komputer riba (pengecas Xiaomi sesuai untuk kedua-dua Mi 10 dan komputer riba). Dengan 3-pin, ia mempunyai pin bumi yang mana lebih selamat dan sejuk. Selain itu, dengan wujudnya pin ketiga – ia akan lebih kekal di dalam soket kuasa dan tidak akan mudah tertanggal.

Konklusi, pengecas 65W yang besar adalah lebih bagus untuk aliran haba dan ketahanan yang lebih lama. Saiz kecil mungkin tidak begitu sesuai untuk pengecasan komputer riba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd