Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro telah mula dilancarkan semalam dan tempahan di China juga sudah bermula. Ia adalah peranti mercu kedua tahun ini yang dijana dengan Snapdragon 865 selepas Samsung Galaxy S20 (pasaran luar negara). Harga jualan Mi 10 juga jauh lebih murah berbanding Galaxy S20 yang mencecah RM4,999 untuk variasi Ultra dan storan 128GB.

Di China, Xiaomi berjaya mengutip sebanyak 200 Juta Yuan, iaitu sekitar RM118 Juta dalam masa satu minit untuk jualan Xiaomi Mi 10. Di China, semua Mi 10 sudah kehabisan stok baik di TMall, JD atau juga laman web rasmi Xiaomi sendiri. Jualan kedua peranti ini hanya akan berlangsung pada 21 Februari pula. Mi 10 hadir dengan skrin melengkung 6.67-inci, kadar segar semula 90Hz, touch sensing 180Hz, Snapdragon 865, bateri melebihi 4500mAh dan juga kamera 108MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd