Oppo A31 Hadir Dengan Tri-Kamera Belakang, Dijana Helio P35

Oppo A31 Hadir Dengan Tri-Kamera Belakang, Dijana Helio P35

Diterbitkan pada Feb 16, 2020 oleh .

Oppo mempunyai beberapa penawaran telefon pintar dibawah siri A yang menawarkan spesifikasi pertengahan. Terbaru, mereka telah pun melancarkan Oppo A31 di Indonesia – yang mana berkemungkinan adalah variasi global untuk Oppo A8.

Oppo A31

Oppo A31 hadir dengan skrin 6.5-inci berasaskan paparan HD+, dijana cip Helio P35, memori 4GB RAM, dan storan 128GB.

Telefon pintar ini turut hadir dengan tri-kamera belakang gabungan sensor utama 12-megapixel, 2MP (depth) dan 2MP makro. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 8-megapixel dihadapan.

Seperti beberapa telefon pintar berspesifikasi asas, ia turut hadir dengan bateri besar 4230mAh, selain dilengkapi pengimbas cap jari dan juga bicu audio 3.5mm.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Indonesia sahaja. Tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN