Huawei Akan Memperlihatkan Beberapa Produk Baru Melalui Acara Atas-Talian

Huawei Akan Memperlihatkan Beberapa Produk Baru Melalui Acara Atas-Talian

Diterbitkan pada Feb 17, 2020 oleh .

Huawei sebelum ini telah menjadualkan acara pengenalan sejumlah produk dan teknologi baru pada acara MWC 2020. Walaubagaimanapun, kini dengan pembatalan acara MWC 2020, pihak Huawei sedang melihat kepada beberapa alternatif lain.

Melalui perkongsian pihak Huawei, mereka mengumumkan yang mana Huawei menghormati keputusan GSMA untuk membatalkan acara MWC 2020 ini.

Apa pun, pihak Huawei akan melihat untuk beberapa alternatif untuk terus berkomunikasi dengan pelanggan dan pengguna mereka seluruh dunia. Huawei mengatakan mereka akan memperlihatkan penawaran terbaru Huawei melalui secara atas-talian atau melalui acara yang dikhususkan disesuatu rantau.

Buat masa ini, info lanjut mengenainya masih tidak diketahui lagi. Sebelum ini, ramai yang menantikan pengenalan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat daripada Huawei pada MWC 2020 ini. Dengan penangguhan ini, mungkin kita boleh melihat kejutan pihak Huawei ketika pelancaran P40 yang dijangka berlaku pada Mac 2020 ini.


TIPS & ULASAN