Carian
Panasonic Menghasilkan Kamera Untuk Jurugambar Buta Warna
February 17, 2020 Effi Saharudin

Masalah buta warna menyebabkan seseorang individu tidak boleh melihat warna merah, hijau atau biru. Ia lebih kerap ditemui pada individu lelaki berbanding wanita. Bagi insan biasa buat warna mungkin tidak mendatangkan impak yang terlalu besar dalam kehidupan seharian tetapi sekiranya mereka ingin menjadi seorang jurugambar ia mencabar kemampuan melakukan tugas. Oleh itu Panasonic telah menghasilkan sebuah kamera khas untuk jurugambar buta warna di India.

https://www.youtube.com/watch?v=4sOBNJtzKEM&feature=emb_title

Kamera Panasonic G90/95 edisi khas dihasilkan untuk Hizol Choundhary seorang jurugambar yang mempunyai masalah buta waran Protanopia yang menyebabkan beliau tidak dapat melihat warna merah. Kaca khas yang dihasilkan oleh Dentsu Aegis Network digunakan pada kamera edisi khas ini. Malang sekali kamera edisi khas ini tidak akan dijual kepada umum dan hanya dihasilkan sempena Hari Republik India dan memberikan kesedaran terdapat lebih 300 juta individu dunia yang mempunyai masalah buta warna.

Komen