Carian
CPU Intel Core i9-10900 Dengan 10 Teras Diperlihatkan
February 17, 2020 Nazrin

Intel bakal memperkenalkan siri CPU generasi kesepuluh mereka, Comet Lake-S sekitar pertengahan tahun ini, dan baru-baru ini, rekaan fizikal CPU tersebut telah tertiris ke arena internet.

Laman web teknologi dari Hong Kong, XFastest baru-baru ini telah menunjukkan sampel CPU yang dikatakan adalah salah satu CPU terbaru mereka, iaitu Intel Core i9-10900. CPU ini dikatakan hadir dengan 10 teras fizikal.

Dari gambar yang ditunjukkan, CPU ini mempunyai kelajuan asas 2.5GHz dengan TDP serendah 65W, yang dikatakan akan ditingkatkan kepada 2.8GHz apabila CPU tersebut dilancarkan kelak. Sayangnya, oleh kerana model CPU ini bukanlah siri K, ia tidak boleh dilewahjamkan.

XFastest turut mengatakan bahawa CPU ini akan menyokong papan induk dengan soket LGA1200 yang dikatakan akan menyokong penyejuk CPU LGA1151 sebelum ini.

Komen