Kemaskini Windows 10 Menyebabkan Profil Dan Data Pengguna Disembunyi

Kemaskini Windows 10 Menyebabkan Profil Dan Data Pengguna Disembunyi

Diterbitkan pada Feb 17, 2020 oleh .

Kebelakangan ini, Microsoft dilihat mempunyai banyak masalah dengan kemaskini sistem operasi mereka. Tidak lama selepas isu pengguna sistem operasi Windows 7 menghadapi masalah dengan latar belakang dan isu untuk menutup komputer mereka, tiba giliran pengguna Windows 10 pula menghadapi masalah.

Menurut beberapa pengguna yang memuat turun kemaskini terbaru sistem operasi Windows 10, iaitu kemaskini KB4532693, mereka melaporkan bahawa profil pengguna komputer mereka, bersama-sama dengan data yang disimpan didalam profil tersebut telah hilang.

Setelah siasatan dilakukan, ia dilaporkan bahawa kemaskini KB4532693 ini menyebabkan Windows 10 untuk menyembunyikan profil-profil tersebut akibat pepijat apabila kemaskini tersebut dipasang.

Microsoft mengatakan bahawa untuk buat masa ini, membuang kemaskini tersebut akan mengembalikan profil-profil dan data yang disorok. Mereka juga akan mengemaskini kemaskini tersebut untuk memperbaiki pepijat tersebut.

Jika anda telah memuat-turun kemaskini tersebut, dan ingin membuangnya, anda boleh menggunakan bar carian Windows 10 untuk mencari “View your update history”, dan klik pada pautan Uninstall updates untuk membuang kemaskini tersebut.


TIPS & ULASAN