Cari @ Amanz

Tahun 2020 ini merupakan tahun yang mana kebanyakan syarikat pengeluar peranti pintar melancarkan pelbagai peranti yang menyokong rangkaian 5G. Bagi Samsung sendiri, mereka telah melancarkan siri Galaxy S20 pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 baru-baru ini. Di bawah siri Galaxy S20 ini terdapat tiga peranti kesemuanya, iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+, dan juga Galaxy S20 Ultra dengan sokongan 5G. Antara ciri menarik yang terdapat pada telefon pintar ini adalah, peranti ini hadir dengan dengan sensor kamera 108MP dan merupakan telefon pertama di dunia yang mampu untuk merakam video beresolusi 8K pada kadar 24fps.

Bercakap mengenai kamera, telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera utama gabungan 108MP untuk lensa utama, 12MP untuk lensa sudut ultra lebar sehingga 120 darjah, sensor 48MP untuk rakaman mekanisme periskop dengan kemampuan zum optikal hibrid sehingga 10x atau zum digital sehingga 100x. Kesemua sistem kamera belakang ini telah disusun dengan rekaan bonjol berbentuk empat segi. Bagi kamera hadapannya pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan sensor 40MP yang mana ia terletak di dalam lubang kamera pada bucu atas tengah skrin peranti.

Melalui sistem kamera yang terdapat pada Galaxy S20 Ultra ini, pelbagai fungsi rakaman boleh dibuat. Antaranya adalah fungsi kamera seperti kelas professional yang mana ia membolehkan anda untuk mengambil rakaman yang sangat jelas pada resolusi tinggi. Jadi, anda tidak lagi perlu menggunakan kamera professional yang berat dan mahal untuk mengambil rakaman beresolusi tinggi kerana kamera pada siri Galaxy S20 adalah setanding dengan kamera professional.

Faktor lain untuk membuktikan telefon pintar ini setanding dengan kamera professional adalah rekaannya yang dilengkapi dengan lensa kamera 108MP. Dengan lensa kamera sebesar ini, ia mempunyai lebih banyak pixel sekaligus menjadikan rakaman gambar atau video yang diambil adalah lebih jelas walaupun telah dizumkan untuk pandangan yang lebih besar dan untuk suntingan gambar menggunakan alatan Quick Crop tanpa kehilangan kualitinya.

Malah, dengan lensa kamera siri Galaxy S20 ini juga, anda mampu untuk mendapatkan rakaman gambar dengan sokongan zum yang lebih jauh. Fungsi ini dikenali sebagai Zum Angkasa (Space Zoom) kerana fungsinya yang boleh membuat rakaman zum yang sangat jauh sehingga 100x zum untuk Galaxy S20 Ultra, dan sehingga 30x zum untuk model Galaxy S20 dan juga Galaxy S20+. Jadi dengan kebolehan zum sehingga 100x ini, ia membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman subjek yang jauh tanpa sebarang masalah dan dapat menghasilkan rakaman yang jelas dan tidak pecah walaupun dirakam secara zum.

Jika sebelum ini kita sering dapat lihat rakaman yang diambil di kawasan yang gelap gelita terdapat kesan hingar. Namun dengan siri Galaxy S20 ini, ia mampu untuk menghasilkan pewarnaan yang cantik, terang, jelas dan kurang kesan hingarnya. Ini kerana mod malam pada telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri rakaman HDR untuk mendapatkan efek rakaman yang lebih cerah atau gelap pada waktu malam, sesuai dengan kehendak anda.

Bukan sekadar itu sahaja, siri Galaxy S20 ini juga boleh merakam video beresolusi 8K yang mana kebiasaanya video beresolusi ini adalah resolusi yang dipaparkan di panggung wayang. Dengan resolusi 8K ini, ia menjadikan telefon pintar ini sebagai sebuah telefon pintar pertama di dunia yang menyokong rakaman beresolusi 8K pada kadar 24fps untuk rakaman utama.

Malah dengan resolusi ini, anda boleh mendapatkan rakaman video yang lebih berkualiti tinggi. Bercakap mengenai rakaman beresolusi 8K ini, siri Galaxy S20 juga berkebolehan untuk merakam gambar secara terus daripada rakaman video 8K yang diambil. Melalui fungsi ini, anda boleh mendapatkan rakaman gambar berdefinisi tinggi pada resolusi 33MP secara terus daripada rakaman video yang telah dirakam dengan mudah.

Malah untuk membuat suntingan gambar, ia menjadi lebih efisyen dan menyeronokkan untuk siri Galaxy S20 kerana ia mempunyai fungsi untuk mencipta penuras mengikut kreativiti anda dan aplikasikannya pada gambar. Dengan menggunakan fungsi Photo Editor juga, anda boleh suntingkannya samaada untuk memotong atau zum tanpa memberikan efek pecah atau efek hingar yang jelas.

Walaupun rakaman yang diambil adalah melalui lensa kamera dengan sensor 108MP dan beresolusi 8K, anda tidak perlu risau kerana fail berdefinisi tinggi ini boleh dikongsikan dengan mudah sehingga 5 rakan secara serentak dalam apa jua saiz. Bukan itu sahaja, dengan siri Galaxy S20 ini juga, anda boleh muat turun, muat naik dan menonton video beresolusi 8K dengan mudah dan lancar menerusi laman YouTube atau juga televisyen pintar anda.

Jadi, sekiranya anda berminat dengan fungsi kamera siri Galaxy S20 ini dan ingin menjadikannya milik anda, boleh layari laman rasmi Samsung atau pra tempah untuk peranti ini. Di Malaysia, telefon pintar ini sudah boleh dipra-tempah bermula 12 Februari lalu sehingga 26 Februari ini. Untuk setiap pra-tempahan yang dibuat, anda akan menerima tawaran eksklusif iaitu Galaxy Buds+ bernilai RM599. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran eksklusif ini dan layari laman rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd