Carian
Samsung Galaxy Fold 2 Dilaporkan Menggunakan Kamera Swafoto Bawah Skrin
February 17, 2020 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Z Flip baru sahaja dilancarkan minggu lalu dan setakat ini ia menerima banyak reaksi positif dari pengguna awal. Tetapi pada waktu yang sama Galaxy Fold 2 turut sedang dibangunkan oleh Samsung. Hari ini nama kod dan juga spesifikasi kamera swafoto Fold 2 telah ditiriskan oleh Ice Universe.

Menurut beliau Fold 2 sedang dibangunkan di Samung menggunakan nama kod Champ. Turut didedahkan ialah GalaxyFold 2 akan dilengkapi kamera swafoto pada bahagian bawah skrin. Sehingga kini tiada peranti Samsung menggunakan teknologi ini walaupun rekaannya telah dipatenkan beberapa tahun yang lalu. Pada Galaxy Fold dwi-kamera swafoto pada bahagian dalam diletakkan pada takuk yang amat.

Memandangkan Galaxy Fold akan menjadi peranti paling premium dilancarkan oleh Samsung, penggunaan takuk dan lubang kamera nampaknya tidak lagi boleh diterima.

Komen