Cari @ Amanz

Dengan pembatalan acara MWC 2020, kini pelbagai pengeluar melihat kepada beberapa alternatif untuk memperkenalkan beberapa produk baru mereka. Terbaru, Honor dilihat menjadualkan acara atas talian pada 24 Februari 2020 ini.

Honor 24 Februari

Honor dilihat akan membuat siaran langsung melalui platform popular seperti Twitter dan YouTube. Honor dilihat akan memfokuskan kepada arena peranti berhubung pada acara berkenaan – termasuk meliputi sejumlah peranti baru pada acara berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Februari 2020 ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Honor ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd