Rekaan Oppo Watch Diperlihatkan Secara Rasmi

Rekaan Oppo Watch Diperlihatkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Feb 18, 2020 oleh .

Pada penghujung Januari lalu. imej pengolokan Oppo Watch telah tertiris ke arena web. Ia mempunyai rekaan seakan sebuah Apple Watch tanpa butang sisi yang berputar. Hari ini rekaan hadapan Oppo Watch telah diperlihatkan sendiri oleh Brian Shen yang merupakan presiden pemasaran global Oppo.

Seperti imej yang tertiris sebelum ini, Oppo Watch mempunyai muka jam jam berbentuk empat segi dengan sisi yang dibulatkan. Keempat-empat sisi jam mempunyai skrin yang melengkung. Satu perbezaan berbanding imej yang teritiris sebelum ini ialah bahagian sambungan tali jam yang diperbuat daripada logam. Dua butang sisi tidak dapat dilihat dari gambar di atas tetapi mengesahkan ia tidak mempunyai butang berputar seperti Apple Watch.

Pada asalnya Oppo Watch akan dilancarkan ketika acara MWC tetapi memandangkan acara ini telah dibatalkan tarikh baharu masih belum diumumkan.



TIPS & ULASAN