Siri Samsung Galaxy S20 – Kehebatan Teknologi Samsung Untuk Menyokong Fungsi Zum Angkasa Sehingga 100X

Siri Samsung Galaxy S20 – Kehebatan Teknologi Samsung Untuk Menyokong Fungsi Zum Angkasa Sehingga 100X

Diterbitkan pada Feb 26, 2020 oleh .

Samsung telah melancarkan tiga peranti mercu mereka baru-baru ini di acara Samsung Galaxy Unpacked 2020. Tiga buah telefon pintar ini dilancarkan dibawah siri Galaxy S20 dan ia dikenali sebagai Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra. Ketiga-tiga telefon pintar ini memfokuskan kepada kebolehan kamera untuk siri Samsung Galaxy S20 ini.

Kamera telefon pintar untuk Galaxy S20 ini dilengkapi dengan rekaan 12MP bagi rakaman utama, 64MP untuk rakaman telefoto dan 12MP untuk rakaman sudut ultra lebar serta kamera swafoto 10MP. Sistem kamera bagi model S20+ adalah sama dengan model S20, namun ada tambahan padanya iaitu 0.3MP untuk sensor ToF. Manakala bagi model Galaxy S20 Ultra, sistem kameranya dilengkapi dengan lensa 108MP untuk rakaman utama, 12MP untuk rakaman sudut ultra lebar, 3D untuk rakaman ToF, dan 48MP untuk mekanisme periskop dengan kemampuan zum sehingga 100X.

Antara fungsi menarik yang terdapat pada siri Galaxy S20 ini adalah fungsi Zum Angkasa (Space Zoom) sehingga 100X hibrid. Fungsi Zum Angkasa ini adalah zum hibrid yang merupakan kombinasi zum optikal dan digital serta dibantu oleh teknologi AI. Samsung menyatakan bahawa fungsi ini bukan sahaja melibatkan zum hibrid yang biasa, namun ia juga akan memproseskan beberapa rakaman yang diambil menggunakan lensa 108MP bagi mengurangkan kehilangan kualiti gambar walaupun rakaman tersebut dirakam dengan zum yang paling tinggi.

This slideshow requires JavaScript.

Bukan itu sahaja, siri Galaxy S20 ini juga berkebolehan untuk membuat rakaman zum dalam mod optikal melalui lensa 48MP yang berfungsi untuk rakaman mekanisme periskop. Melalui lensa ini, ia membolehkan anda untuk merakam subjek mikro yang sangat kecil sehingga 10X zum hibrid optik tanpa kehilangan sebarang kualiti gambar.

Rakaman zum digital pada siri Galaxy S20 ini juga akan dibantu oleh teknologi AI dan kaedah pemprosesan yang agresif bagi membolehkan anda untuk mendapatkan hasil yang cantik dan tajam melalui rakaman zum sehingga 100X. Jadi jika kita lihat rakaman zum akan terdapat efek hingar atau pecah pada kebanyakkan kamera telefon pintar yang biasa, kini masalah ini tidak dialami oleh pengguna peranti siri Galaxy S20 kerana teknologi yang membantu sistem kamera peranti ini akan mengurangkan kehilangan kualiti gambar.

Selain itu, fungsi lain seperti lensa 108MP dengan sensor ISOCELL Bright HM1 juga adalah faktor menarik yang perlu diambil kira. Dengan lensa sebesar 108MP ini, rakaman menjadi lebih jelas dan tajam walaupun sesuatu gambar itu telah dizumkan untuk paparan yang lebih besar atau untuk suntingan memotong gambar. Malah, rakaman video beresolusi 8K pada kadar 24fps juga boleh dibuat.  Ini kerana lensa 108MP ini mempunyai pixel yang lebih banyak, menjadikannya gambar yang dipaparkan adalah lebih terperinci.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar siri Samsung Galaxy S20 ini, anda boleh pra-tempah peranti ini melalui laman rasmi Samsung. Bagi setiap pra-tempahan yang dibuat, anda akan menerima hadiah eksklusif Galaxy Buds+ yang bernilai RM599. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk pra-tempah siri Galaxy S20 yang sudahpun bermula pada 12 Februari yang lalu sehingga 26 Februari ini.

Layari: Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia 


TIPS & ULASAN