NVIDIA Memperlihatkan Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077

NVIDIA Memperlihatkan Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077

Diterbitkan pada Feb 18, 2020 oleh .

NVIDIA baru-baru ini telah bekerjasama dengan pembangun permainan komputer CD Projekt Red untuk membina kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti Cyberpunk 2077 edisi terhad.

Seperti yang tertera di namanya, kad grafik ini direka berdasarkan permainan komputer terbaru keluaran CD Projekt Red, iaitu Cyberpunk 2077.

Dari segi spesifikasi, komponen-komponen dalaman kad grafik ini tidak berubah daripada model asal, tetapi dari segi rekaan pula, boleh dilihat bahawa kad grafik ini diberi sentuhan warna kuning di plat belakang dan juga di sisi, disamping grafik Cyberpunk 2077.

Selain daripada itu, penutup belakang kad grafik ini juga ditukar kepada penutup yang diperbuat daripada aluminum AL5052, dan bukan plastik seperti model asalnya.

Kotak untuk kad grafik edisi Cyberpunk 2077 ini juga mempunyai rekaan uniknya sendiri, tetapi belum ditunjukkan oleh pihak NVIDIA.

Bagi mereka yang ingin membeli kad grafik ini, sayangnya 200 unit yang direka khas ini tidak akan dijual kerana NVIDIA akan memberinya kepada pengguna-pengguna bertuah melalui cabutan bertuah dan acara lelongan sahaja.


TIPS & ULASAN