Topeng N95 Yang Mesra Sistem Imbasan Wajah Mula Dipasarkan

Topeng N95 Yang Mesra Sistem Imbasan Wajah Mula Dipasarkan

Diterbitkan pada Feb 18, 2020 oleh .

Sejak wabak Covid-19 mula tersebar ke seluruh dunia, semakin ramai memilih untuk memakai topeng apabila berada di tempat awam. Di China pemakaian topeng kini adalah mandatori sehingga mengakibatkan sistem pengecaman wajah yang digunakan pihak pemerintah tidak lagi berfungsi dengan sempurna. Pada waktu yang sama ia juga mengakibatkan sistem nyahkunci imbasan wajah seperti Face ID tidak lagi berfungsi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, topeng N95 dengan cetakan wajah pengguna mula dipasarkan oleh firma Resting Risk Face yang berpangkalan di San Francisco. Menurut Resting Risk Face topeng mereka boleh digunakan untuk menyahkunci peranti yang menggunakan Face ID. Pengguna hanya perlu menghantar swafoto mereka yang kemudian dicetak pada bahagian penutup topeng N95 yang dihasilkan mereka. Selain mencetak bahagian bawah muka dengan tepat, tali pengikat topeng dengan tona kulit sebenar juga dihasilkan. Topeng ini boleh ditempah pada harga $40 (~RM 165) sebuah.



TIPS & ULASAN