Cari @ Amanz

Saiz fizikal storan luaran semakin mengecil setiap tahun, tetapi masih menawarkan jumlah storan yang cukup besar untuk kegunaan harian.

ADATA telah memperkenalkan storan SSD terbaru mereka yang dinamakan ADATA SE760 SSD. Ia menggunakan teknologi storan SSD yang digabungkan dengan teknologi sambungan storan USB 3.2 yang mempunyai kelajuan penghantaran data 1,000Mbps melalui palam USB Type-C.

Dari segi pilihan storan, pengguna mempunyai pilihan dari 256GB hinggalah 2TB, bergantung kepada keperluan anda. Rekaan storan SE760 ini juga sangat padat, dan mempunyai ciri seperti tahan getaran dan hentakan. Ia turut menyokong sistem operasi moden seperti Microsoft Windows 10 dan MacOS, jadi anda tidak perlu risau mengenai kekurangan sokongan storan ini.

Buat masa ini, ADATA masih belum mengumumkan bilakah mereka akan mula menjual storan ini, dan juga harganya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd