Samsung Dijangka Menggunakan Nama Keluarga “Galaxy Z” Untuk Portfolio Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat

Samsung Dijangka Menggunakan Nama Keluarga “Galaxy Z” Untuk Portfolio Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Feb 18, 2020 oleh .

Samsung telah pun memperkenalkan Samsung Galaxy Z Flip, sekaligus membuka kepada penggunaan nama keluarga peranti baru dibawah keluarga Galaxy Z.

Selari dengannya, kini wakil Samsung dipetik mengatakan yang mana Samsung akan mula menggunakan siri Z untuk portfolio peranti boleh-lipat mereka. Ia dikatakan huruf “Z” dipilih kerana ia memberikan gambaran seumpama boleh-dilipat, selain turut memudahkan ia ditujukan kepada pengguna muda.

Buat masa ini, peranti pertama dibawah siri Galaxy Z adalah Galaxy Z Flip. Ia hadir dengan rekaan berbentuk calmshell, membolehkan telefon pintar dilipat dan dibawa kemana-mana dengan mudah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Galaxy Z Flip ini akan memasuki pasaran tempatan. Selain Galaxy Z Flip, sebelum ini Samsung telah menggunakan nama keluarga Fold untuk peranti boleh-dilipat.



Paling Popular