Grab Ingin Mengkaji Implementasi Perkhidmatan Teksi Terbang Di Asia Tenggara

Grab Ingin Mengkaji Implementasi Perkhidmatan Teksi Terbang Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada Feb 19, 2020 oleh .

Grab hari ini mengumumkan kerjasama dengan salah satu syarikat yang membangunkan kenderaan terbang, iaitu Volocopter. Melalui kerjasama ini, Grab akan melakukan kajian berkaitan penggunaan perkhidmatan teksi terbang di rantau Asia Tenggara ini.

Grab dijangka akan melihat kepada beberapa bandar utama di Asia Tenggara, dan membuat perancangan untuk menguji teksi terbang ini.

Volocopter sebelum ini sedia memperlihatkan penawaran kenderaan terbang mereka yang mampu membawa seorang penumpang ke destinasi melalui udara – sekaligus mengelak kesesakkan lalu-lintas yang terpaksa dihadap di pelbagai bandar utama. Volocopter menyasarkan penawaran secara komersil menjelang 2022 kelak. Volocopter menyasarkan mempunyai kapasiti untuk membawa sekitar 10,000 penumpang setiap hari menjelang 2035 kelak di Singapura.

Buat masa ini, kerjasama ini masih boleh dikatakan pada peringkat yang sangat awal – dimana ia masih perlu melalui fasa kajian awal, memilih bandar, memilih tapak pelepasan dan destinasi, serta pelbagai perkara lain – termasuk faktor keselematan dan kos terlibat.

Apa pun, dengan pihak Grab mengambil langkah bekerjasama dengan Volocopter, ia sekaligus memperlihatkan yang mana syarikat seru-pandu berkenaan tidak ingin ketinggalan dalam arena kenderaan terbang yang kian diperkatakan setahun dua ini.



TIPS & ULASAN