Cari @ Amanz

Realme adalah sebuah syarikat yang menghasilkan telefon pintar kelas pertengahan. Hanya baru-baru ini sahaja mereka hadir dengan peranti mercu, Realme X20 Pro dan akan hadir dengan peranti mercu baharu minggu hadapan – Realme X50 Pro. Terkini, mereka telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan aplikasi untuk mengawal peranti berhubung – “Realme Link”.

Agak pelik kerana, mereka tidak mempunyai sebarang produk peranti berhubung lagi, tetapi sudah mula membangunkan aplikasi. Buat masa ini butiran aplikasi masih tidak dikongsi seperti rekaan antaramuka, produk apa yang disokong, ada pembantu maya terbina atau tidak dan sebagainya. Pihak Realme hanya bertanyakan pendapat umum, ikon apa yang sesusia untuk digunakan pada aplikasi mereka – melalui empat ikon yang sudah direka.

Menurut Realme, ikon ini menggabungkan hurup L dan O yang mana “L” membawa maksud “Link” dan O membawa maksud “Operator” atau ekosistem. Ikon mereka juga dikatakan sengaja direka seakan dua individu berpelukan, yang membawakan Realme Link adalah satu platform yang ingin mengeratkan silaturahim antara peminat-peminat Realme.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd