Samsung Galaxy S20 Dilaporkan Akan Menerima Sokongan Mod 120Hz Pada Resolusi WQHD+

Samsung Galaxy S20 Dilaporkan Akan Menerima Sokongan Mod 120Hz Pada Resolusi WQHD+

Diterbitkan pada Feb 19, 2020 oleh .

Ketiga-tiga model Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra dilancarkan dua minggu lalu dengan skrin yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Walau bagaimanapun pada waktu ini ia hanya boleh diaktifkan jika skrin menggunakan resolusi FHD+ dan HD+ sahaja. Pada resolusi tertinggi WQHD+ skrin hanya menyokong kadar segar semula 60Hz.

Menurut ciapan @MaxWinebach pagi ini, Samsung kini sedang mengoptimasikan perisian bagi membawakan sokongan 120Hz WQHD+ pada kesemua model Galaxy S20. Kemas kini yang akan mengaktifkan kadar segar semula tertinggi ini mungkin akan diberikan dalam masa 1-3 bulan dari sekarang.

Sekiranya ciapan ini adalah dari sumber yang disahkan, ia adalah berita baik bagi Samsung kerana mereka menerima kritikan pasca pelancaran. Ramai merasakan Galaxy S20 boleh menyokong mod 120Hz WQHD+ kerana Oppo X2 yang menggunakan skrin keluaran Samsung mengesahkan sokongan mod ini.


TIPS & ULASAN