Akhirnya? OnePlus 8 Pro Dilaporkan Mungkin Akan Menyokong Perlindungan Kalis Air IP68
Fahim Zahar
Pada penghujung bulan lepas, telah kami laporkan yang OnePlus telah tersenarai dalam Wireless Power Consortium. Ini memberikan petanda yang OnePlus sudah bersedia untuk hadir dengan peranti yang menyokong pengecasan nirwayar dan/atau bakal hadir dengan aksesori yang sedemikian. Ini adalah satu fungsi yang ramai nanti-nantikan sejak OnePlus 6 dan sehingga tahun lepas, OnePlus kerap memberikan alasan yang sama – iaitu mereka masih tidak bersedia.
— Max Jambor (@MaxJmb) February 15, 2020
Terkini, ada ura-ura baharu yang memberikan petanda peranti OnePlus 8 Pro mungkin akan menyokong perlindungan kalis air dan debu. Imej konsep yang diperlihatkan memberikan petanda sesuatu berkaitan dengan air akan diperkenalkan pada siri OnePlus 8. Ada juga laporan yang mengatakan, hanya model OnePlus 8 Pro sahaja akan menyokongnya. Ada kemungkinan juga, ia adalah petanda untuk penggunaan skrin waterfall – iaitu skrin melengkung.
Apa-apa pun, selagi tiada berita rasmi, jangan terlampau berharap. Sama-sama kita nantikan sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.