Cari @ Amanz

Podcast kini menggantikan suara DJ yang kerap kali bercanda tanpa humor di radio. Platform podcast kegemaran saya pada waktu ini ialah Spotify kerana ia mempunyai integrasi yang baik serta tidak memerlukan saya memuat turun aplikasi berasingan. Spotfity telah mengemaskini antaramuka pada aplikasi mudah alih bagi memudahkan pendengar memilih podcast yang ingin didengari,

Perubahan pertama ialah setiap podcast kini menyokong trailer dalam bentuk audio. Trailer sepanjang dua minit boleh didengar untuk mengetahui apakah subjek yang dibincangkan. Penerangan mengenai podcast turut dipaparkan dengan lebih jelas lengkap dengan genre pada bahagian bawah. Antaramuka baharu ini boleh digunakan sekarang. Bagi mereka yang ingin mendengar podcast mengenai teknologi, anda boleh mendengar podcast Amanz menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd