Cari @ Amanz

Pada pertengahan tahun lepas, AMD telah memperkenalkan siri CPU AMD Ryzen generasi ketiga mereka yang terdiri daripada AMD Ryzen 9, 7, 5 dan juga Ryzen 3.

Diantara semua model yang diperkenalkan, terdapat satu model CPU yang unik yang dinamakan AMD Ryzen 5 3500X. Apa yang menarik mengenai CPU ini ialah ia hanya dipasarkan di negara China sahaja sehingga kini.

CPU tersebut hadir dengan enam teras fizikal, 12 bebenang kuasa dan mempunyai kelajuan asas 3.6GHz yang boleh dilewahjam sehingga 4.1GHz. Ia turut mempunyai sokongan untuk teknologi penghantaran data PCIe 4.0 yang diperlihatkan untuk kali pertama melalui siri cip pemprosesan Ryzen 3000 ini.

AMD Malaysia hari ini membuat pengumuman bahawa CPU China-sahaja ini akan mula dijual di pasaran tempatan bermula minggu depan pada harga RM639 dan akan hadir dengan penyejuk CPU AMD Wraith Stealth.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd